Yang Diper­tuanya, Mud Shardihan W. Dahalan berka­ta, festival itu bertujuan mengumpulkan  peminat kelab motosikal dan basikal bukan sahaja dari Ma­laysia bahkan dari Thailand, Singapura dan beberapa negara lain.

Katanya, program yang julung- julung kali diadakan itu mendapat kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Ia akan diadakan selama dua hari bermula Sabtu ini di Kuala Klawang, Jelebu.

“Jelebu terkenal sebagai destinasi ekopelancongan. Bentuk muka bumi dan jalan yang berkelok menjadi daya tarikan kepada penunggang motosikal menjadikan Jelebu sebagai destinasi wajib singgah.

“Selain itu, karnival ini juga di­jangka meningkatkan pendapatan pengusaha inap desa dan peniaga dengan mewujudkan peluang perniagaan dalam sektor perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambahnya, pengeluar motosikal seperti Yamaha, Suzuki, Aprilla, Ducati, Mossi dan pengedar barangan motosikal akan turut membuat pameran serta jualan bagi memeriahkan festival tersebut.

Acara fun ride dijadikan sebagai gimik pelancaran di sekitar Kuala Klawang di samping aktiviti lain. - K! ONLINE