Semasa kejadian pada pukul 10 malam itu, Mohamad Haziq Ishak, 17, dan rakan sebayanya, Muhammad Haikal Hakimi Mohd. Noor menaiki motosikal Yamaha LC135 untuk ke rumah seorang lagi rakan mereka di Taman Seri Serdang.

Malangnya belum sempat mereka bertemu rakannya itu, Mohamad Haziq dan Muhammad Haikal ditemui maut tertimbus dalam tanah dan sisa runtuhan jambatan di Sungai Serdang bersama motosikal dinaiki mereka pada kedalaman 0.3 meter.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, operasi mencari dan menyelamat selama dua jam terlebih dahulu menemui motosikal dan topi keledar kedua-dua sahabat itu sebelum diikuti mayat mangsa.

“Mayat pertama berjaya dibawa keluar pukul 12.15 pagi dan diikuti mayat kedua pada pukul 12.20 pagi,” kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.