Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, bas berkenaan terlebih dulu terbabas me­langgar kira-kira 14 bongkah batu pembahagi jalan di lokasi kejadian sebelum rempuhan kuat tersebut menyebabkan beberapa ketul batu besar terbang masuk ke dalam bas.

Dua orang yang maut akibat rempuhan dan terkena bongkah batu yang dianggarkan seberat 500 kilogram setiap satu ialah pemandu bas, Mohamad Azizul Che Aziz, 31, dan penumpang yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Munzirah Jalaludin, 20.

Nahas itu juga menyebabkan tiga penumpang ce­dera parah, 32 lagi cedera ringan dan tiga orang lagi tidak me­ngalami sebarang kecederaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.