Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kesemua pekerja asing warga India itu turut dilaporkan muntah dan mengalami pedih mata kerana kan­dungan gas amonia yang tinggi iaitu 500 bahagian per sejuta (ppm).

Paras bacaan kandungan gas amonia yang normal ialah 50ppm dan ia dikategorikan bahaya apabila melepasi bacaan 300ppm.

Namun, identiti kesemua mangsa belum dapat dipastikan. Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di premis itu selepas kali pertama pada tahun 2016. Kejadian kali pertama tidak melibatkan sebarang nyawa terkorban.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Shah Alam, Yusri Basri berkata, kedua-dua pekerja yang maut itu dipercayai terhidu gas amonia yang bocor daripada tangki simpanan bahan tersebut ketika mereka melakukan kerja rutin.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang manakala pekerja lain dihantar ke hospital berasi­ngan iaitu di HTAR, Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.