Dua pegawai polis terbabit disyaki telah meminta wang sebanyak RM40,000 daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan kes pelaburan yang sedang disiasat oleh polis.

Majistret Siti Nabilah Abd. Rashid membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 dapat dilakukan terhadap dua lelaki tersebut.

Kedua-dua suspek ditangkap pada waktu yang sama di tempat letak kereta Center Point, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 6.20 pe­tang kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.