Kedua-dua suspek termasuk seorang pekerja teknikal syarikat ke­selamatan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan pada 28 dan 29 November lalu di Senawang serta Felda Serting, Jempol.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua suspek itu dipercayai terlibat dalam kes pada 24 November lalu yang mengakibatkan kerugian RM461,660 di hadapan Maybank cawangan Sri Serdang.

Katanya, penahanan suspek adalah hasil siasatan yang dibuat ke atas empat pekerja van syarikat ke­selamatan berkenaan sebelum ini.

“Tangkapan pertama iaitu seorang pekerja teknikal dilakukan di pejabat syarikat keselamatan tersebut di Senawang pukul 5 petang pada 28 November.

“Sehari kemudian iaitu pada pukul 4 pagi, polis menahan seorang lagi suspek yang merupakan peniaga kedai runcit di Felda Serting, Jempol,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sela­ngor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.