Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan penjara dua tahun terhadap bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad,58, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes itu.

Bagi dua pertuduhan pecah amanah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan ke atas Muhammad Sufi dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara serentak.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Faizoull bagi dua pertuduhan bersubahat serta memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.