Ketua Pegawai Sektor Pematuhan SKMM, Zulkarnain Mohd. Yasin berkata, daripada jumlah tersebut, 80 peratus daripadanya telah dipadamkan selaras dengan terma dan syarat platform media sosial masing-masing.

Jelasnya, pendekatan yang diambil antaranya ialah penutupan akaun terbabit dengan kerjasama pihak penyedia platform media sosial, tindakan penguatkuasaan dan kempen advokasi.

"Semua tindakan ini diambil selaras dengan aduan daripada orang ramai. Tindakan tegas boleh diambil terhadap pihak yang melalukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Bagi memastikan masalah penyamaran dapat dibentung, saya menggesa pengguna yang menjadi mangsa untuk melaporkan perkara itu secara terus kepada penyedia platform media sosial atau SKMM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga mengingatkan pengguna untuk sentiasa mengamalkan kawal selia kendiri dan peka dengan pelbagai risiko semasa berada di dalam talian.

Dalam pada itu, menurut Zulkarnain, SKMM juga telah melaksanakan program seperti Klik Dengan Bijak (KDB) untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah.

Jelasnya, program tersebut kini telah menerima sebanyak lebih 5 juta audiens sejak ia mula diperkenalkan tujuh tahun lalu. - K! ONLINE