Acara pelepasan berlangsung di padang kem Program Latihan Khidmat Negara Pelangi Hill di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Larian melibatkan laluan sejauh 15 kilometer (km) meliputi jalan balak, laluan sungai dan laluan hutan.

Presiden Pertubuhan Pelin­dung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Sha­riffa Sabrina Syed Akil berkata, program itu diadakan bagi meningkatkan ke­sedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga khazanah hutan negara.

“Kita lihat orang muda semakin minat dengan aktiviti luar, jadi ini merupakan cara terbaik untuk membawa mereka mendekati khazanah alam.

“Malaysia mempunyai hutan tertua di dunia tetapi malangnya kita juga mempunyai kadar pe­nebangan hutan terburuk,” katanya selepas program tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.