Ahli Parlimen Kangar, Shaharudin Ismail berkata, menerusi IMPAK, golongan belia khususnya di luar bandar dan kampung dibantu untuk mencari peluang pekerjaan sesuai dengan kelayakan pendidikan mereka.

"Ramai belia di Perlis dapat menggunakan peluang untuk mendapat kerja kerana Mara menghubungkan mereka dengan 70 syarikat bagi melaksanakan pemadanan kerja.

"Kita akan memastikan mereka mendapat pekerjaan yang dipohon.

"Namun, sekiranya pemohon masih belum memenuhi syarat yang ditentukan bakal majikan, mereka akan mengikuti kursus jangka masa pendek oleh Mara bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya pada program 1MPAK di Dataran Dato Sheikh Ahmad  di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Mara Perlis, Lukman Hakim Hasan.

Mara merupakan salah satu agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). - K! ONLINE