Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (gambar kecil) berkata, perkembangan itu didedahkan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali pada satu perjumpaan khas untuk menjelaskan mengenai status kewangan 1MDB di kementeriannya semalam.

Pertemuan itu turut disertai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda yang ditemani bekas Ketua Pegawai Kewangannya, Azmi Tahir dan bekas Penasihat Undang-Undangnya, Ivan Chen.

Guan Eng menambah, lebih memeranjatkan, Kamal memberitahunya, pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan satu penipuan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.