Pengarah Maqis Johor dan Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, rampasan anak ikan arowana yang dianggarkan bernilai RM8,500 itu dilakukan pada pukul 6.40 pagi ketika seorang pegawai jabatan itu sedang melakukan pemeriksaan di balai pelepasan penumpang di lapangan terbang terbabit.

Katanya, lelaki warga tempatan itu dipercayai juga mengeksport anak ikan tersebut tanpa mempunyai permit yang sah daripada Maqis.

“Pemeriksaan menemui dua bungkusan yang mengandungi 170 ekor anak ikan arowana dianggarkan bernilai RM8,500.

“Anak ikan tersebut milik seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, anak ikan arowana atau lebih dikenali dengan nama ikan kelisa itu dipercayai untuk dieksport ke Ho Chi Minh, Vietnam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.