Semua mereka bagaimanapun mampu menarik nafas lega apabila diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, semua nelayan warga Myanmar berusia antara 20 hingga 50 tahun berkenaan selamat dan hanya seorang sahaja dilaporkan cedera ringan.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Wan Mat Wan Abdullah berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, dua aset maritim iaitu KM Marlin dan Petir 80 telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di tempat kejadian, kerja-kerja memadam api terus dijalankan menggunakan penyembur air KM Marlin dan beberapa buah bot nelayan yang berhampiran turut membantu memadam api tersebut.

"Petir 80 pula melakukan pencarian mangsa di kawasan sekitar sebelum menyelamatkan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, kesemua mangsa dipercayai terjun ke dalam laut dan di selamatkan bot nelayan yang berada berhampiran.

“Seramai 16 mangsa dipindahkan ke KM Marlin untuk dibawa ke jeti berhampiran manakala seorang lagi yang mengalami cedera ringan dipindahkan ke bot Petir 80 dan dibawa ke jeti Perikanan bagi mendapatkan rawatan.

"Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan pada pukul 4.30 pagi setelah kesemua mangsa selamat tiba di jeti Pasukan Polis Marin Kampung Acheh seterusnya dibawa ke pejabat Maritim Negeri Perak untuk diambil keterangan," katanya. - K! ONLINE