Ketua Operasi AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, kesemua individu yang berumur antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan hampir sembilan jam bermula pukul 9.30 pagi. 

"Dari jumlah itu, 15 lelaki dan dua wanita ditahan termasuk satu pasangan kekasih," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata kesemua mereka dibawa ke Pejabat AADK Yan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang ditahan positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

Seramai 13 daripada individu terbabit dihantar ke Pusat Tahanan Reman (PTR) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang manakala empat lagi individu diberi jaminan pegawai untuk tindakan susulan. - Bernama