Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah itu melibatkan seramai 11,989 calon Sekolah Kebangsaan.

Menurut beliau, turut terlibat 3,451 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 1,275 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan 321 calon sekolah swasta.

"Lima calon menduduki peperiksaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, dua di Hospital Tampin dan masing-masing satu di Hospital Columbia, Seremban, Nilai Medical Centre Nilai dan Hospital Jempol.

"Peperiksaan yang berlangsung selama lima hari itu diselia 1,317 pengawas peperiksaan termasuk 92 penyelia di kawasan," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat peperiksaan di Sekolah Kebangsaan King George V di sini hari ini.

Pkharuddin berkata, seramai 44 calon berkeperluan khas di Negeri Sembilan yang menduduki ujian itu membabitkan mereka yang mengalami disleksia, autism dan rabun. 

"Segala keperluan mereka dijaga dengan sempurna untuk keselesaan mereka menghadapi peperiksaan," katanya. - K! ONLINE