Dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi (waktu tempatan) itu, kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Sadao, Leftenan Kolenal Winai Sakeeyasatien, ketika dihubungi Bernama, berkata, lapan rakyat Malaysia termasuk seorang wanita masing-masing berusia antara 24 dan 58 tahun dihantar ke tiga buah hospital untuk me­nerima rawatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.