Ops Bah siri 47 itu dilancarkan pada pukul 10.00 malam dengan kekuatan 379 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Menurut Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Azman Mahmood berkata, siasatan lanjut di salah sebuah pusat hiburan yang diserbu mendapati kawasan tersebut memang terdapat masalah berkaitan dadah dan kita dapati ada serbuk dadah yang kita temui tadi.

“Pusat hiburan tersebut telah menjalankan perniagaan sejak 10 tahun yang lalu turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang jelas menunjukkan melanggar Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Sebahagian daripada pelanggan sebuah kelab malam yang postif dalam ujian air kencing ketika operasi
Sebahagian daripada pelanggan sebuah kelab malam yang postif dalam ujian air kencing ketika operasi bersepadu Banteras Aktiviti Haram di Jalan Gelang, Pudu Ulu awal pagi tadi. - Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH 

“Sewaktu serbuan dilakukan premis itu menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti khidmat urut, menjual minuman keras kepada orang Islam juga menjalankan aktiviti perjudian.

“Pusat hiburan tersebut juga telah beroperasi tanpa mempunyai permit yang sah kerana menggunakan lesen yang tamat tempoh,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, dalam operasi yang berakhir pukul 6.30 pagi itu, 31 orang telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah Seksyen 19 Akta 559 Jenayah Syariah. - K! ONLINE

Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menampal notis menyita sebuah kelab malam yang bero
Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menampal notis menyita sebuah kelab malam yang beroperasi dengan lesen tamat tempoh ketika operasi bersepadu Banteras Aktiviti Haram di Jalan Gelang, Pudu Ulu awal pagi tadi. - Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH