Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini berkata, pihak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.17 petang.

Menurut Hamsa, seramai 41 anggota dan lima jentera termasuk daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Likas dekat sini terlibat dalam operasi tersebut.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati 10 buah rumah telah terbakar dan usaha mengawal kebakaran segera dijalankan.

"Keadaan kawasan kediaman yang yang rapat dan diperbuat daripada papan menyukarkan pasukan bomba bertugas menjalankan operasi memadam kebakaran," katanya di sini hari ini.

Hamsa berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.52 petang.

Tambahnya, jumlah mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - K! ONLINE