Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, tujuan penganjuran program tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti kelab Kebara dan program tersebut adalah julung kali diadakan bersama pengamal media.

"Program memancing ini adalah program tahunan dan ini merupakan program kali ke-13 kita adakan. Untuk program kali ini kita turut menjemput pengamal media bersama-sama menyertai ahli kelab Kebara.

"Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab Kebara termasuk 25 orang pengamal media berentap bagi merebut juara kategori kesuluruhan, tangkapan high grade, tangkapan terbanyak serta tangkapan terpantas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut hadir pada program tersebut adalah Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Bank Rakyat, Norafandi Mokhtar dan Presiden Kebara, Noorzaidi Nordin.

Tambah Nizam, program memancing itu juga bertujuan menghargai warga kerja Bank Rakyat dan pada masa sama untuk meraikan pengamal media bersantai dan beriadah bersama-sama.

"Bank Rakyat sentiasa mempelbagaikan aktiviti bersama pengamal media bagi memenuhi permintaan rakan media sebagai tanda penghargaan atas liputan positif terhadap kami," ujarnya. - K! ONLINE

Gelajat kaki pancing pada Cabaran Joran Bank Rakyat 2019 di Kolam Memancing Sea Lion, Kawasan Perind
Gelajat kaki pancing pada Cabaran Joran Bank Rakyat 2019 di Kolam Memancing Sea Lion, Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara hari ini.