Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi), Datuk Soiman Jahid berkata, pasukannya sentiasa bersedia menghadapi bencana banjir dan bekerjasama dengan agensi keselamatan yang lain.

"Bencana banjir dijangka berlaku di negeri seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan pada bulan November, Disember serta Januari setiap tahun.

"Namun, kita mempunyai peralatan, bot penyelamat dan sumber manusia bagi menghadapi situasi kecemasan ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Perlis di sini hari ini.

Khairul Rizall Yahaya dilantik Pemangku Pengarah JBPM Perlis bagi menggantikan Mohd. Fadzil Haroon yang bersara wajib pada umur 60 tahun.

Pengarah baharu akan dilantik pada 15 Oktober tahun ini. - K! ONLINE