Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, APC merupakan penghargaan tahunan yang bertujuan meningkatkan motivasi kakitangan bagi mempamerkan prestasi terbaik demi kecemerlangan universiti tersebut.

"Sejarah dan falsafah penubuhan UniSZA yang kini sudah berusia hampir 40 tahun perlu sentiasa menjadi panduan warga universiti ini untuk terus berada di landasan yang telah digariskan.

"Kita masih perlu bekerja keras memperkasa potensi diri bagi sama-sama melonjakkan UniSZA ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang," katanya pada majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor UniSZA di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hassan Basri berkata, anugerah Tokoh Akademik UniSZA 2018 dinobatkan kepada Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff daripada Fakulti Perubatan.

Ujarnya, anugerah itu melayakkan Harmy menerima ganjaran wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan. - K! ONLINE