Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd. Majid berkata, kesemua individu tersebut terdiri daripada 103 lelaki dan 42 wanita yang berusia 20 hingga 50an. 

"Berdasarkan rekod, sebanyak 125 kes melibatkan penipuan dan 20 adalah pecah amanah. 

"Ini termasuk pembelian dan penjualan tanah, pinjaman tidak wujud dan jual beli barang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau menambah, semua gambar individu yang dikesan akan dipaparkan di dalam akaun rasmi Facebook (FB) Polis Selangor.

Sehubungan itu, Fazlisyam meminta individu tersebut atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberikan kerjasama kepada polis. 

Dalam perkembangan berlainan, beliau menjelaskan seramai 32 individu daripada 115 individu yang dicari pihaknya sebelum ini telah tampil bagi membantu siasatan. 

"Kehadiran mereka telah membantu menyelesaikan 28 peratus daripada kes yang disiasat," katanya. - K! ONLINE