Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, berdasarkan keterangan saksi, nahas dipercayai berlaku apabila bas ekspres tersebut merempuh sebuah treler tersebut.

“Sewaktu kejadian, sebuah lori kontena yang berada di belakang bas tersebut telah melanggar belakang kenderaan itu.

“Insiden itu menyebabkan penumpang bas ekspres yang terdiri daripada tiga lelaki dan sembilan wanita mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Ujarnya, pemandu bas juga mengalami kecederaan dan berjaya dibawa keluar daripada kenderaan tersebut.

Tambahnya, pemandu lori kontena dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk dan mengalami kecederaan namun, pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan kertas tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan,” katanya.

Operasi menyelamat mangsa tamat pada pukul 7.21 pagi tadi. - K! ONLINE