Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya di sini berkata, di Kuching, 32 orang daripada sembilan keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatkan di Dewan Sinar, Kampung Sungai Lumut manakala 27 orang lagi daripada lima keluarga berada di Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu.

Sementara itu, sejumlah 42 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon, Lundu,  dan 32 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Sebat, Sematan. - Bernama