Pesawat dengan kod AK6285 itu sepatutnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada pukul 2.50 petang tadi.

Difahamkan, pihak AirAsia kemudian menyediakan beberapa buah bas untuk penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) bagi menaiki pesawat lain ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun, terdapat beberapa penumpang yang mengambil keputusan untuk menunggu penerbangan ke destinasi sama esok, di sini. 

Ketua Menteri, Adly Zahari ketika dihubungi berkata, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). 

"Kes ini merupakan insiden terpencil dan kerajaan negeri sedang bekerjasama rapat dengan CAAM untuk mengenalpasti masalah sebenar," katanya. 

AirAsia kelmarin telah memulakan operasinya di LTAM dengan memperkenalkan laluan baharu dari Melaka-Pulau Pinang dengan kekerapan satu penerbangan setiap hari. - K! ONLINE