Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azli Ismail berkata, pihaknya turut menghulurkan sumbangan hamper dan duit raya kepada semua yang terlibat.

"Ini merupakan kerja amal yang kita lakukan setiap kali Ramadan bagi meraikan golongan yang kurang berkemampuan dan pelajar tahfiz.

"Seramai 50 pelajar tahfiz terpilih dari Maahad Tahfiz Wa Ta'lim Al Quran Sungai Badak dan Madrasah Darul Uloom Al Islamiyyah Sungai Salan," katanya. - K! ONLINE