Kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu dipercayai berlaku ketika pelajar sebuah kelas tingkatan empat sedang melakukan uji kaji melibatkan bahan kimia itu di dalam makmal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seramai 13 pelajar terdiri daripada 11 perempuan dan dua lelaki dilaporkan terhidu gas tersebut.

"Difahamkan kejadian berlaku ketika mereka melakukan uji kaji bersama guru.

"Kesemua mangsa telah dibawa ke tempat selamat bagi rawatan awal, manakala seorang mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE