Dalam serbuan pada pukul 9.40 malam itu, polis turut menahan dua penganjur serta seorang pemilik premis dan kesemua mereka yang diberkas berumur lingkungan 21 hingga 63 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, dalam serbuan itu polis merampas wang tunai berjumlah RM22,375 dipercayai hasil aktiviti perjudian.

“Turut dirampas ialah dua buah komputer riba, dua alat kelui, buku dan 38 kertas yang tercatit angka-angka judi lumba kuda tanpa lesen. Selain itu beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1954. - K! ONLINE