Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Pang Jin Lai berkata, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sewaktu melaksanakan Ops Khas sehingga awal pagi tadi.

Menurutnya, dua suspek berusia 18 dan 25 tahun ditahan pada pukul 1 pagi tadi di sekitar bandar ini dan polis merampas dadah disyaki heroin seberat 680 gram dianggarkan bernilai RM20,300.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas kenderaan digunakan suspek. Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah. Kedua-duanya ditahan reman bagi tujuan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jin Lai berkata, pihaknya turut menahan 10 pengedar aktif di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 6 Julai lalu di Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Nilai.

Beliau memaklumkan, jumlah keseluruhan sitaan ke atas pelbagai aset dan wang tunai milik pengedar dadah yang berjaya disita menerusi operasi itu adalah sebanyak RM1,969,380.94. - K! ONLINE