Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab dalam kenyataan hari ini berkata, proses pemilihan ketua-ketua AMK negeri itu dilaksanakan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir.

"Pelantikan itu dibuat setelah Ketua AMK Malaysia mengadakan rundingan dengan ketua-ketua AMK di peringkat cabang dan mendapatkan nasihat daripada Pengerusi-Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)," kata Ahmad Syukri.

Beliau berkata, bagaimanapun Ketua AMK negeri bagi Sabah dan Sarawak akan diumum dalam masa terdekat sejurus proses rundingan selesai.

Ketua-ketua AMK negeri yang dilantik ialah Nor Azam Karap (Perlis); Mohammed Firdaus Johari (Kedah); Fahmi Zainol (Pulau Pinang); Mohamad Hairul Amir Sabri (Perak); Najwan Halimi (Selangor); Naim Brundage (Wilayah Persekutuan); Ahmad Izzuddin Ismail (Negeri Sembilan); B. Prasanth Kumar (Melaka); R. Yuneswaran (Johor); Mohd Mustaqim Abdul Jalil (Pahang); Mohd Huzaifah Md Suhaimi (Terengganu); dan Muhd Hafiz Muhd Kasasi (Kelantan). - Bernama