Penemuan minyak itu diketahui Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pukul 7.39 pagi selepas dipercayai dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, walau bagaimanapun tiada cecair daripada minyak tersebut memasuki ke dalam sungai.

Katanya, jarak lokasi kejadian ke Loji Pembersihan Air (LPA) Rantau Panjang adalah kira-kira 52 kilometer.

Kesemua tong tersebut telah dihantar semula ke kilang terlibat.
Kesemua tong tersebut telah dihantar semula ke kilang terlibat.

 

“Susulan laporan tersebut, satu operasi bersepadu dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), MDHS, Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS), Polis Diraja Malaysia, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di kawasan tersebut.

“Pihak LUAS juga telah memasang ‘pita sekatan’ pada kesemua tong di lokasi itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pemilik tong berkenaan adalah merupakan seorang pekebun sayur berdekatan kawasan tersebut.

Ujar Loy Sian, kesemua tong itu diedar oleh sebuah kilang di Kampung Sungai Dara, Behrang Ulu, Perak.

"MDHS telah mengeluarkan dua notis kesalahan kepada pemilik tong tersebut.

"Selain itu, JAS juga telah mengarahkan pemilik kilang berkenaan untuk menguruskan kesemua tong itu dengan menjauhkannya dari sungai seperti mana yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga Ahad lalu kesemua tong di lokasi telah dihantar semula ke kilang terlibat dan pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh LUAS dan pihak terlibat di lokasi kejadian. - K! ONLINE