Menurut Nazir Masjid Al-Khairiyah, Mohd. Rozi Salleh, kesemua pasangan pengantin tersebut dinikahkan oleh lima juru nikah yang diketuai oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Gombak, Khairunnaim Ramli. 

“Majlis pernikahan perdana ini dianjurkan bagi membantu pasangan di Selangor yang mahu membina ikatan perkahwinan.

11 pasangan pengantin baharu yang bernikah sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H dan Majlis Pernikahan
Pengantin wanita yang bernikah sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H dan Majlis Pernikahan Perdana 2018 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak.

“Sebelum ini seramai 61 pasangan telah dinikahkah sejak program ini dianjurkan pada 2012,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak di sini sebentar tadi. 

Mohd. Rodzi memberitahu, antara syarat untuk turut serta dalam majlis pernikahan itu adalah memperoleh gaji tidak lebih RM3,000 sebulan dan salah seorang pasangan mesti  pemastautin tetap di Selangor. - K! ONLINE

Pengantin lelaki yang bernikah sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H dan Majlis Pernikahan Perdana 2018

Barisan pengantin lelaki yang bernikah sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H dan Majlis Pernikahan Perdana 2018 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak hari ini.