Pendayaung yang berada di atas dua bot itu sedang berlatih untuk satu pertandingan di Sungai Taohua di bandar raya Guilin ketika kejadian berlaku tengah hari semalam yang menyebabkan 57 orang tercampak ke dalam air.

Kira-kira 40 orang berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat masih diteruskan, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa Guilin berkata, penduduk kampung tersebut menganjurkan sesi latihan tanpa sebarang notis diberikan kepada pihak polis menyebabkan dua orang penganjur ditahan. - AFP