Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula kira-kira pukul 2.15 pagi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, hasil risikan juga mendapati premis yang beroperasi di tingkat satu itu tidak meletakkan papan tanda selain jalan menuju ke premis itu gelap kerana tidak dipasang lampu.

Katanya, sewaktu serbuan dilakukan terdapat 14 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk tiga wanita warga Indonesia dan China sedang leka berhibur.

"Hasil pemeriksaan, kita menahan 11 individu berusia lingkungan 20 hingga 30-an dengan enam daripadanya positif dadah.

"Kita turut menemui lima paket lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin dan 20 biji pil erimin 5 daripada dua suspek yang ditahan," kataya ketika dihubung di sini sebentar tadi.

Mohd. Khaizam menjelaskan, pihaknya turut merampas mikrofon, amplifier, minuman keras dan wang tunai berjumlah RM5,980.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen," katanya. - K! ONLINE

Dadah yang ditemui daripada dua daripada suspek yang ditahan dalam serbuan oleh D7 IPK Selangor awal
Dadah yang ditemui daripada dua daripada suspek yang ditahan dalam serbuan oleh D7 IPK Selangor awal pagi tadi.