Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, kriteria utama yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam meluluskan permohonan pertukaran guru duka lara ialah kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

"Kementerian sentiasa berusaha memastikan isu guru duka lara dapat diselesaikan.

"Bagaimanapun, isu ini akan terus wujud memandangkan urusan perpindahan tempat kerja oleh pasangan guru atau guru-guru baharu yang berkahwin sentiasa berlaku sepanjang tahun," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) berhubung jumlah guru duka lara yang berjaya disatukan kembali dan kriteria utama berhubung permohonan pertukaran guru. - K! ONLINE