Program anjuran Pemuda UMNO Shah Alam itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Yaakop berkata, program tersebut kali kedua dianjurkan pihaknya dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Program Khatan Perdana 2017 itu dimulakan dengan perarakan sambil berselawat sebelum kesemua kanak-kanak dimandikan dengan pancuran air daripada anggota bomba. - K! ONLINE