Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, kesemua 105 projek di seluruh negeri itu menelan peruntukan sebanyak RM916 juta.

"Antara projek yang dilaksanakan adalah menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik serta bantuan perumahan.

"Namun, terdapat satu projek yang terpaksa ditangguhkan iaitu pembinaan jalan di Tanjung Batu, Bintulu yang menelan kos sebanyak RM2 juta," katanya ketika sidang media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Rina memaklumkan, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras projek-projek di Sarawak supaya tidak berlaku pertindihan projek melibatkan kerajaan negeri dan pusat.

Pada masa sama katanya, kementerian juga mahu mengelak berlakunya pembaziran terhadap projek-projek yang dijalankan.

"Jawatankuasa ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kita dalam memastikan projek-projek yang dirancang dilaksanakan dengan lancar," ujarnya. - K! ONLINE