Peserta dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat, India, Australia, Korea Selatan dan Afrika Selatan yang terdiri daripada para pemain industri dan pegawai bahagian persijilan halal dari negara masing-masing.

Mereka didedahkan dengan dua jenis modul yang disediakan iaitu modul Eksekutif Halal dan Audit Halal Dalaman.

Kesemua peserta akan dinilai pada akhir kursus ini sebelum mendapat sijil eksekutif halal dan sijil juruaudit halal dalaman di bawah HPB.

Kursus HPB diadakan selama lima hari sehingga 30 Mac ini sebagai satu daripada program sempena MyHA 2018. - K! ONLINE