Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya menyampaikan sumbangan serta bantuan kepda 100 penduduk di kampung berkenaan meliputi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah, asnaf fakir miskin dan anak-anak yatim.

"Sumbangan yang kita sampaikan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat lebih-lebih lagi menjelang hari raya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

"Kampung Sungai Sireh Tambahan ini sebenarnya amat dekat dengan saya. Saya merupakan antara orang terawal membuka, menyusun dan tinggal di kampung ini termasuklah membangunkan Surau Al-Falah yang mampu dimanfaatkan oleh para penduduk," katanya di sini hari ini.

Tambah Abu Bakar, antara sumbangan yang diberikan kepada penduduk terlibat meliputi barang makanan, pakaian serta sedikit bantuan kewangan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Surau Al-Falah, Ahmad Ismail dan barisan ahli jawatankuasa. - K! ONLINE