Mereka terdiri daripada ibu bapa dari sekitar pesisir pantai Semerak, Kampung Gong Manak, Kampung Sepulau, Gong Kulim, Cherang Ruku dan Tok Bali menerima beras dan lain-lain keperluan makanan.

Sumbangan itu dibekalkan Sekretariat Malaysia Prihatin  (SMP) menerusi SK Dalam Ru itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  (PPD),  Rosidi Ramli.

Menurut Guru Besar SK Dalam Ru, Mohd. Zulkefli Nor, ibu bapa  yang bernasib baik itu dipilih menerusi pangkalan data e-Kasih menerusi sekolah-sekolah yang berhampiran.

Katanya, SMP sebelum ini banyak menyalurkan sumbangan membantu membangunkan pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar terutama di Kelantan dan Terengganu. - K! ONLINE