Setiausaha Agong Gabu­ngan Persatuan Permotoran Malaysia (GP Moto), Datuk Sulaiman Samihan berkata, sejak semalam orang ramai berpusu-pusu memenuhi MAEPS untuk melihat pelbagai motosikal berkuasa tinggi dan menyertai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah.

“Antara yang menarik untuk disaksikan pengunjung ialah motosikal Harley-Davidson eksklusif kegunaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Kembara Mahkota Johor serta edisi khas untuk pertabalan beliau.

“Dijangka 40 motosikal Harley-Davidson koleksi peribadi Sultan Ibrahim akan dipamerkan. Selain motosikal, turut dipamerkan ialah trak Mack, kereta klasik dan kenderaan pacuan empat roda milik Sultan Ibrahim,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.