Kesemua wanita berusia 25 hingga 40 tahun ditahan pukul 2 petang menerusi Ops Noda oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. 

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, berdasarkan siasatan awal premis itu menjalankan perniagaan tanpa lesen sejak enam bulan lalu. 

Katanya, sembilan pekerja yang digaji merupakan warga Vietnam manakala seorang lagi warga Indonesia. 

"Hasil siasatan awal mendapati tiada tawaran khidmat seks ditawarkan namun kesemua pekerja tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah. 

"Kita turut menahan seorang wanita yang merupakan penjaga premis berusia 51 tahun selain merampas tuala, minyak urut, jadual kerja serta wang tunai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas beliau, kesemua PATI itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan 6(1)(c) Akta Imigresen, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2007," katanya. - K! ONLINE