Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah. 

Majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang itu didahului dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd. Muzaffar Syed Azlan.

Pada majlis tersebut, 10 Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah ialah ADUN Manjoi, Asmuni Awi, Yong Choo Kiong (Tronoh), Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat) dan Dr. Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi).

Turut mengangkat sumpah, A. Sivanesan (Sungkai), Wong May Ing (Pantai Remis), Tan Kar Hing (Simpang Pulai), Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim (Titi Serong) dan Howard Lee Chuan How (Pasir Pinji).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.