Pengarah Perlumbaan, Douglas Lau berkata, pihaknya mensasarkan jumlah tersebut memandangkan tiga kelas perlumbaan akan dilakukan secara serentak pada dua hari acara itu berlangsung.

“Sebelum ini, kami mengasingkan setiap kelas perlumbaan pada hari penganjuran yang berlainan tetapi pada kali ini, kami ingin membuat sedikit kelainan.

“Kami ingin memberi peluang kepada peminat acara larian berhalangan di negara ini dan negara-negara jiran untuk menyertainya memandangkan mereka mungkin tidak berkesempatan berbuat demikian pada tarikh penganjuran yang lain,” katanya.

Jelas Douglas, tiga kelas perlumbaan yang akan diadakan itu ialah Sprint yang melibatkan larian sejauh kira-kira lima kilometer (km) dengan 20 hingga 23 jenis halangan dan Super dengan jarak larian 13km dengan 23 hingga 29 halangan.

Kelas Beast pula melibatkan jarak larian sejauh kira-kira 21km dengan jumlah halangan melebihi 30 jenis.

“Buat masa ini, lebih daripada 8,000 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka bagi kesemua kelas perlumbaan tersebut.

“Kami juga akan menjemput Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai perlumbaan ini.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menyertai perlumbaan tersebut, sila daftar dengan segera secara online di laman web www.spartanrace.my sebelum terlambat,” katanya. - K! ONLINE