Satu memorandum bantahan yang berjaya mengumpulkan lebih 103,000 tandatangan dari kalangan pekebun kecil kelapa sawit dan ahli keluarga mereka turut dihantar kepada 17 pejabat kedutaaan negara-negara kesatuan Eropah di sini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan resolusi berkenaan sebagai hipokrasi dan satu bentuk penjajahan ekonomi kepada pekebun kecil kelapa sawit yang bergantung hidup kepada hasil jualan komoditi tersebut.

EU sebelum ini mengancam untuk mengecualikan minyak sawit daripada campuran biodiesel dan tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2021. - K! ONLINE