Seramai 1,560 pegawai kadet Palapes ditauliahkan terdiri daripada 881 pegawai kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 330 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 349 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Istiadat Pentauliahan Diraja itu melibatkan 16 detasmen dari 18 UA termasuk Akademi Laut Malaysia (Alam).

Tunku Ismail dalam titah ucapannya mengingatkan bahawa profesion ketenteraan adalah satu kerjaya menekankan erti pengorbanan yang sebenar.

"Sama ada kamu akan menceburi bidang ini atau sektor awam, kamu harus jadikan hari ini sebagai permulaan untuk menjadi warga yang jauh lebih baik disebabkan pengalaman dan latihan yang kamu jalani.

"Beta menyeru setiap yang hadir hari ini agar dapat menjiwai nilai-nilai yang diterapkan bagi meningkatkan dan memantapkan dalam diri masing-masing supaya menjadj ketumbukan yang digeruni serta disegani," titah baginda.

Terdahulu, Tunku Ismail berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa perbarisan yang diketuai Pegawai Kadet Terbaik Darat, Pegawai Rendah Muda Kamarul Hafizi Kamaruzaman dari Palapes Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). - K! ONLINE