Acara yang julung kali diadakan itu membabitkan tiga kategori kayuhan iaitu 100 kilometer Eagle Ride, 72 kilometer Heritage Ride dan 25 kilometer Adventure Ride.

Bagi kategori 100 kilometer Eagle Ride yang bermula 7 pagi itu, peserta kayuhan dilepaskan oleh Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Syed Saddiq dan Mukhriz kemudian turut menyertai kayuhan bagi kategori 72 kilometer Heritage Ride.

Kayuhan kategori 72 kilometer itu turut dimeriahkan dengan penyertaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. - Bernama