Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, seramai 578 pelajar berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan PPSR dan 585 lagi mendapat keputusan cemerlang dalam PBSMR.

“Tahun ini kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi insentif berjumlah RM500 dalam bentuk SSPN1M-i sebagai hadiah kepada pelajar atas kecemerlangan mereka.

“Ini merupakan salah satu inisiatif menerusi Yayasan Terengganu dalam memperkembang serta meningkatkan lagi kemajuan pendidikan di Terengganu sekali gus meransang para pelajar untuk terus berusaha,” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR dan PBSMR Tahun 2017 di Duyong Marina Resort di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Ahmad Razif menyampaikan sijil SSPN1M-i kepada 400 pelajar cemerlang dari 72 sekolah rendah serta 25 sekolah menengah dalam daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. - K! ONLINE