Ketua konvoi, Rosile Saat Al-Gayawi berkata, program tersebut bagi membentuk sifat sayang terhadap pembacaan Al-Quran dan kempen perdana Quran Hour yang akan berlangsung pada Khamis depan.

Katanya, sepanjang konvoi tersebut para peserta akan melawat lima buah masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Muaaz bin Jabbal, Masjid Ar-Rahman dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Dalam setiap kunjungan tersebut, sebanyak dua buah naskhah Al-Quran diberikan kepada masjid-masjid tersebut.

"Program ini dilihat berjaya apabila mampu menarik para peserta yang berusia seawal 20-an hingga 70-an untuk sama-sama memartabatkan pembacaan Al-Quran dalam masyarakat Islam," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Turut menyertai konvoi tersebut adalah Duta QuranHour iaitu selebriti Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim. - K! ONLINE