Temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dibuka secara rasmi malam ini


KUALA LUMPUR - Temasya Sukan SEA ke-29 kembali semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas 16 tahun dalam suasana gilang gemilang dan penuh berwarna -warni tatkala Kuala Lumpur menyambut 4,900 atlet terbaik dalam pelbagai acara sukan terbesar di Asia Tenggara.

Skuad ragbi negara kejutkan juara bertahan Filipina


PETALING JAYA - Malaysia melakarkan kejutan apabila menumpaskan juara bertahan Filipina 24-14 dalam saingan pusingan awal ragbi lelaki tujuh sebelah temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Kelana Jaya di sini, hari ini.

Pasukan Edurance negara sasar dua pingat emas


KUALA TERENGGANU - Pasukan Endurance kebangsaan diketuai Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan membawa cabaran negara dalam pertandingan disiplin berkenaan yang berlangsung di Taman Edurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu hari ini.

Memanah tekad tambah pingat emas negara dalam acara recurve


KUALA LUMPUR - Acara memanah recurve yang akan membuka tirainya pada Ahad ini berpotensi untuk menyumbangkan dua lagi pingat emas Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) buat negara.

Basikal: Malaysia berpeluang menang emas ujian masa berpasukan


NILAI - Pelumba elit negara Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi optimis mampu menghadiahkan pingat emas kepada kem negara menerusi acara Ujian Masa Berpasukan pada Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pemandu teksi jujur pulangkan tripod milik pegawai futsal Thailand


SHAH ALAM - Kejujuran seorang pemandu teksi memulangkan semula tripod kamera milik pegawai pengurus skuad futsal lelaki Thailand yang tertinggal di dalam kenderaannya semalam, dipuji Polis Daerah Shah Alam.

KL2017: Bola jaring Malaysia ke final, tumpaskan Brunei


KUALA LUMPUR - Seperti diramalkan, skuad bola jaring negara meneruskan momentum bergaya pada aksi separuh akhir apabila menewaskan Brunei 70-28 di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Malaysia kempunan lagi


KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw negara gagal menyaingi kehebatan musuh tradisi Thailand setelah tewas 0-3 pada perlawanan terakhir liga sepusingan di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Komando tentera tamatkan kemarau 44 tahun Malaysia dengan gangsa


PUTRAJAYA - Malaysia menamatkan kemarau pingat selama 44 tahun dalam acara maraton apabila Muhaizar Mohamad, 32, komando tentera daripada kem Sungai Udang, Melaka, meraih gangsa dalam kategori lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di sini, hari ini.

Skuad bola jaring negara mara ke separuh akhir, tewaskan Filipina 96-11


KUALA LUMPUR - Skuad bola jaring negara berjaya menempatkan diri ke separuh akhir apabila dengan mudah menewaskan Filipina di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Hua Wei-Zylane terlepas emas rutin teknikal duet


KUALA LUMPUR - Gandingan perenang negara Gan Hua Wei-Zylane Lee Yhing Huey gagal mempertahankan pingat emas Sukan SEA yang dimenangi dua tahun lepas di Singapura, apabila meraih pingat perak dalam acara rutin teknikal duet pada temasya edisi ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sepak takraw: Peluang untuk lenyapkan ego Thailand


KUALA LUMPUR - Tekong utama negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi mempunyai misi tersendiri dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur apabila mahu menjadikan temasya itu sebagai medan mengembalikan maruah sepak takraw negara selepas sering kali dibayangi kehebatan pasukan Thailand.

Kesilapan Myanmar beri kelebihan kepada pasukan negara


KUALA LUMPUR - Kesilapan pemanah Myanmar pada set pertama acara final compound berpasukan campuran bukan bermakna Malaysia mendapat kemenangan mudah pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Malaysia berpeluang tamat kemarau 12 tahun tanpa pingat polo air


KUALA LUMPUR - Skuad polo air lelaki negara berpeluang menamatkan kemarau 12 tahun tanpa pingat di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas meraih kemenangan kedua menentang Thailand, hari ini.

Dua perenang tuai dua pingat emas


PUTRAJAYA - Selepas enam pusingan penuh mencabar, dua perenang kebangsaan Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan menuai dua pingat emas bagi acara renang 10km Perairan Terbuka Lelaki dan Wanita pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Skuad kriket Malaysia ghairah buru dua emas


KUALA LUMPUR - Walaupun berada di ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura, pasukan kriket lelaki Malaysia pada Sukan SEA ke-29 mengharapkan tuah sebagai tuan rumah akan membantu untuk meraih dua pingat emas dalam acara yang julung kali dipertandingkan dalam temasya sukan itu.

KL2017 saat amat bermakna bagi Sukan Asia Tenggara


KUALA LUMPUR - Sukan SEA Ke-29 dirasmikan esok, detik bermulanya perjuangan memburu pingat emas dan tambah mengujakan temasya kali ini menghimpunkan kehadiran paling ramai juara dunia dan pemenang pingat Olimpik yang mencipta nama dalam tempoh dua tahun lepas untuk membawa temasya rantau ini lebih gemilang.

Pemain berpengalaman sukan lain jadi sandaran pasukan ragbi


KUALA LUMPUR - Walaupun pernah memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2015 di Phuket, Thailand, Siti Farhanita Maddin, 25, akhirnya memilih untuk beraksi dalam skuad ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pasukan memanah negara tambah koleksi emas ketiga


KUALA LUMPUR - Pasukan memanah negara menambah koleksi emas ketiga pada acara compound berpasukan campuran menerusi gandingan Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Mohd. Juwaidi Mazuki di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) hari ini.

Keputusan Hua Wei tinggalkan dunia balet berbaloi, raih emas pertama renang berirama


KUALA LUMPUR - Keputusan meninggalkan dunia balet dua tahun lepas berbaloi apabila perenang berirama negara, Gan Hua Wei meraih pingat emas acara rutin teknikal solo buat pertama kali dalam penampilan kali kedua dalam temasya Sukan SEA.

Endurance: Kesihatan kuda jadi keutamaan


SETIU - Penunggang acara kuda lasak bukan hanya perlu memikirkan kesihatan diri sendiri dan kemenangan tetapi juga kesihatan kuda yang perlu melepasi syarat pegawai veterinar sebelum memula dan meneruskan perlumbaan dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

DBKL tidak kompromi tunda kenderaan halang lalu lintas


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berkompromi terhadap kenderaan orang ramai yang didapati menghalang lalu lintas di kawasan venue temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Skuad polo azam ulangi sejarah emas 2007


KUALA LUMPUR - Pasukan polo Malaysia berazam untuk mengulangi kejayaan memenangi pingat emas oleh pasukan negara 10 tahun lepas pada Sukan SEA Nakhon Ratchasima.

Kedudukan terkini kutipan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


*Setakat pukul 3 petang (17 OGOS)

Pasukan compound negara tuai dua emas


KUALA LUMPUR - Pasukan memanah compound negara akhirnya menuai dua emas pada acara berkumpulan lelaki dan wanita di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) hari ini.

Lagi »